Selamat Datang ke Kedai Buku Ilmiah Online

" Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan "

Sayidina Ali bin Abi Talib


Thursday, March 24, 2011

Berbuat baik kepada manusia dan alam agar mendapat nikmat dari allah


Kata-kata dari ulama untuk dijadikan panduan dan pegangan untuk kita semua agar hidup terus diberkati allah. Insyallah....

"  Ingat akan kebaikan orang lain terhadap kita dan Lupakan kebaikan kita terhadap orang lain  "

Buat baik kepada manusia, haiwan, tumbuhan dan hidupan di muka bumi allah ini dan sentiasa bersyukur dengan segala kebaikan dan nikmat yang allah berikan kepada kita.  Kebaikan dan nikmat yang kita terima samada didalam keadaan sedar atau tidak sedar.  Kebaikan dan nikmat yang kita kecapi di muka bumi allah ini samada datang terus kepada kita dari allah atau dari perantaraan iaitu manusia yang mungkin kita kenali atau tidak kenali.  Nikmat dan kebaikan dari allah yang tiada bandingan banyaknya.  Kenang dan ingatlah segala kebaikan yang kita kecapi dan terima yang tidak dapat dikira dan dibandingkan dengan kebaikan yang kita berikan kepada orang lain.  Perbezaannya seperti langit dan bumi. 

Oleh itu,  teruslah beramal dan berbuat baik kepada manusia dan alam agar kita terus mendapat nikmat dari allah di dunia dan akhirat.  Insyallah

Saturday, February 19, 2011

Zikir Pagi Petang Selepas Solat


Zikir Pagi dan Petang & Selepas Solat.

Disusun oleh Dr Abdul Basit Haji Abdul Rahman.

Dapatkan buku ini untuk dijadikan rujukan dan amalan berzikir. Bersaiz kecil, mudah untuk dibawa kemana sahaja.  Kecil mudah untuk di masukkan di dalam "Goodie bag" sebagai hadiah untuk para tetamu ketika mengadakan kenduri baca doa selamat atau tahlil.

Wednesday, October 6, 2010

Soal jawab remeh-temeh tentang isu semasa

 

Soal Jawab Remeh-temeh tentang isu semasa tapi anda malu bertanya.
Penulis :  Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
RM16.90

Tuesday, October 5, 2010

Soal jawab remeh-temeh tentang puasa


Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa
Penulis Dato' Hj Ismail Kamus
Kulit Tebal
RM20.00

Indahnya Hidup Bersyariat



Syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumahtangga) serta amalan berzikir, doa dan adab.
Kulit keras
Penulis : Dato' Ismail Kamus
RM55.00

Monday, October 4, 2010

101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih


101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih
Kulit Keras
Doa dan zikir menjadi motivasi menguatkan rohani dan jiwa
RM29.90

Wednesday, September 29, 2010

101 Doa Para Nabi Dan Rasul Dalam Al Quran


Doa 101 Para Nabi dan Rasul  dalam Al Quran
Khasiat & Kaifiat Beramal

Buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
Penulis : Ustaz Hj Zahazan Mohamed

Himpunan 101 Doa para nabi dan rasul yang boleh di jadikan doa penawar segala masalah. 

RM19.90 kulit nipis
RM25.90 kulit keras